Saturday, November 27, 2010

PENGENALAN


Salah faham pada kapasiti mungkin timbul di kalangan pelajar ketika mengajar isipadu cecair terutama ketika membandingkan kapasiti dua bekas yang boleh menyimpan lebih. Pelajar sering membuat perbandingan dengan saiz tinggi daripada kapasitinya.
Konsep sebenar perlu ditekankan agar murid tidak keliru apabila menghadapi masalah ini. Oleh kerana itu juga, penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dan selalu digunakan oleh murid boleh dilaksanakan bagi membantu mereka memahami dengan lebih baik konsep ini.Isipadu cecair merujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. 
Jumlah cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti (muatan). Setiap bekas yang berlainan saiz dan bentuk mungkin mempunyai kapasiti yang sama.Kapasiti atau muatan ini boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai seperti lebih atau kurang. Sementara untuk unit piawai bagi kapasiti isipadu pula ialah liter dan milliliter.
Guru perlu memastikan bahawa murid-murid tidak mendapat konsep yang salah mengenai kapasiti. Perbandingan kapasiti boleh dibuat di antara dua bekas secara langsung untuk memudahkan kefahaman murid. Semasa membuat perbandingan langsung, murid-murid boleh diberi beberapa jenis bekas yang digunakan untuk mengisi air dalam pelbagai bentuk dan saiz. Murid-murid boleh mengisi air ke dalam satu bekas dan menuangnya ke dalam satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang boleh mengisi lebih air.
            Setelah selesai aktiviti, sekali lagi guru perlu menekankan konsep isipadu cecair ini agar murid akan lebih memahami dan kekeliruan tidak akan timbul lagi.

No comments:

Post a Comment