Saturday, November 27, 2010

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Kesimpulan

            Tajuk isipadu cecair yang kini masih diajar dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu tajuk penting untuk mengenalkan kepada murid-murid berkaitan ukuran cecair.
            Oleh kerana ianya merupakan tajuk dan perkara baru untuk dikenali oleh murid-murid tahun 2, sudah tentu konsep isipadu cecair ini perlu ditekankan. Apabila murid memahaminya, maka mudahlah mereka akan memahami pelajaran yang berkaitan isipadu cecair ini seterusnya.
            Aktiviti –aktiviti yang berkesan juga perlu bagi menarik minat mereka untuk menumpukan perhatian. Terutama aktiviti yang melibatkan semua murid di dalam kelas. Jadi mereka akan lebih peka dan aktif semasa menjal;ankan aktiviti. Ditambah pula dengan tayangan video yang berkaitan dengan pengajaran yang ingin disampaikan.
            Diharap, dengan segala aktiviti pengajaran yang dibina untuk mengatasi kekeliruan membandingkan dua bekas air ini, dapat menyelesaikan dan dijadikan contoh dalam pengajaran guru.
                       
Penutup
            Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan keizinanNya dapat juga akhirnya menyiapkan tugasan yang begitu mencabar bagi diri saya. Tugasan sudah menjadi kebiasaan dalam setiap semester. Tetapi untuk membina blog memerlukan  kemahiran dan luangan masa yang banyak di hadapan Komputer.
                        Selama ini sering kali melawati blog rakan-rakan, namun tidak pernah terlintas untuk membinanya. Begitu hebat kemahiran yang dimiliki oleh rakan-rakan yang begitu kreatif untuk menjadikan blognya kelihatan cantik dan bermaklumat. Dapat saya simpulkan terdapat pelbagai jenis blog, antaranya blog peribadi sekadar ingin bercerita mengenai diri dan kegiatan masa lapang. Ada juga blog yang dibina untuk memberikan maklumat.
            Setelah melalui pengalaman ini, barulah saya ketahui agak sukar untuk membina sebuah blog. Bagi saya, ini adalah satu kejayaan besar buat diri saya seorang guru yang baru melangkah alam perguruan di tahun ke sepuluh ini. Terima kasih atas tugasan yang diberikan.      



SUMBER RUJUKAN


Rusnani Mohd Sirin, DR.Lim Chap Sum, Wan YusofWan Ngah, Jeya Velu, Repiah
Singah & Tan Swee Hong. (2003). Curriculum Specifications Mathematics Year 2. Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. Kuala Lumpur

Murugiah s/o Velayutham. Kao Thuan Keat. (2010). HBMT2103 Teaching Mathematics
in Year Two. Seri Kembangan Selangor. Meteor Doc. Sdn. Bhd


November 2011

http://skss19sj.blogspot.com/ dilayari pada 21 November 2011

No comments:

Post a Comment