Saturday, November 27, 2010

PENGENALAN


Salah faham pada kapasiti mungkin timbul di kalangan pelajar ketika mengajar isipadu cecair terutama ketika membandingkan kapasiti dua bekas yang boleh menyimpan lebih. Pelajar sering membuat perbandingan dengan saiz tinggi daripada kapasitinya.
Konsep sebenar perlu ditekankan agar murid tidak keliru apabila menghadapi masalah ini. Oleh kerana itu juga, penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dan selalu digunakan oleh murid boleh dilaksanakan bagi membantu mereka memahami dengan lebih baik konsep ini.Isipadu cecair merujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. 
Jumlah cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti (muatan). Setiap bekas yang berlainan saiz dan bentuk mungkin mempunyai kapasiti yang sama.Kapasiti atau muatan ini boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai seperti lebih atau kurang. Sementara untuk unit piawai bagi kapasiti isipadu pula ialah liter dan milliliter.
Guru perlu memastikan bahawa murid-murid tidak mendapat konsep yang salah mengenai kapasiti. Perbandingan kapasiti boleh dibuat di antara dua bekas secara langsung untuk memudahkan kefahaman murid. Semasa membuat perbandingan langsung, murid-murid boleh diberi beberapa jenis bekas yang digunakan untuk mengisi air dalam pelbagai bentuk dan saiz. Murid-murid boleh mengisi air ke dalam satu bekas dan menuangnya ke dalam satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang boleh mengisi lebih air.
            Setelah selesai aktiviti, sekali lagi guru perlu menekankan konsep isipadu cecair ini agar murid akan lebih memahami dan kekeliruan tidak akan timbul lagi.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Kesimpulan

            Tajuk isipadu cecair yang kini masih diajar dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu tajuk penting untuk mengenalkan kepada murid-murid berkaitan ukuran cecair.
            Oleh kerana ianya merupakan tajuk dan perkara baru untuk dikenali oleh murid-murid tahun 2, sudah tentu konsep isipadu cecair ini perlu ditekankan. Apabila murid memahaminya, maka mudahlah mereka akan memahami pelajaran yang berkaitan isipadu cecair ini seterusnya.
            Aktiviti –aktiviti yang berkesan juga perlu bagi menarik minat mereka untuk menumpukan perhatian. Terutama aktiviti yang melibatkan semua murid di dalam kelas. Jadi mereka akan lebih peka dan aktif semasa menjal;ankan aktiviti. Ditambah pula dengan tayangan video yang berkaitan dengan pengajaran yang ingin disampaikan.
            Diharap, dengan segala aktiviti pengajaran yang dibina untuk mengatasi kekeliruan membandingkan dua bekas air ini, dapat menyelesaikan dan dijadikan contoh dalam pengajaran guru.
                       
Penutup
            Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan keizinanNya dapat juga akhirnya menyiapkan tugasan yang begitu mencabar bagi diri saya. Tugasan sudah menjadi kebiasaan dalam setiap semester. Tetapi untuk membina blog memerlukan  kemahiran dan luangan masa yang banyak di hadapan Komputer.
                        Selama ini sering kali melawati blog rakan-rakan, namun tidak pernah terlintas untuk membinanya. Begitu hebat kemahiran yang dimiliki oleh rakan-rakan yang begitu kreatif untuk menjadikan blognya kelihatan cantik dan bermaklumat. Dapat saya simpulkan terdapat pelbagai jenis blog, antaranya blog peribadi sekadar ingin bercerita mengenai diri dan kegiatan masa lapang. Ada juga blog yang dibina untuk memberikan maklumat.
            Setelah melalui pengalaman ini, barulah saya ketahui agak sukar untuk membina sebuah blog. Bagi saya, ini adalah satu kejayaan besar buat diri saya seorang guru yang baru melangkah alam perguruan di tahun ke sepuluh ini. Terima kasih atas tugasan yang diberikan.      



SUMBER RUJUKAN


Rusnani Mohd Sirin, DR.Lim Chap Sum, Wan YusofWan Ngah, Jeya Velu, Repiah
Singah & Tan Swee Hong. (2003). Curriculum Specifications Mathematics Year 2. Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. Kuala Lumpur

Murugiah s/o Velayutham. Kao Thuan Keat. (2010). HBMT2103 Teaching Mathematics
in Year Two. Seri Kembangan Selangor. Meteor Doc. Sdn. Bhd


November 2011

http://skss19sj.blogspot.com/ dilayari pada 21 November 2011

Friday, November 26, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN MURID BIJAK 1

Aktiviti :

Tajuk                      :   Isipadu cecair.
Subtajuk                 :   Mengukur dan membanding isipadu cecair.
Kemahiran              :   Membanding dua isipadu cecair dengan perbandingan langsung.
Hasil Pembelajaran :  Pada akhir dan pembelajaran ini, murid akan dapat mengukur dan
   membandingkan isipadu cecair tanpa menggunakan unit.
Bahan-bahan         :   Jag, mangkuk, gelas, laptop, lcd, klip video, lagu dan lembaran 
kerja.
Prosedur:
1. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan klip video.
       
2. Guru meminta seorang wakil murid datang ke hadapan.
3. Guru memenuang air ke dalam gelas dan mangkuk hingga penuh dan bertanya jumlah 
    kapasiti yang lebih banyak.
4. Guru menekankan konsep isipadu cecair berdasarkan aktiviti di klip video.
5. Guru memberikan 4 soalan dan murid menjawab dalam masa 6 minit.
6. Murid yang siap dahulu dan betul kesemuanya akan diberikan hadiah.
7. Guru dan murid berbincang jawapan. Murid yang salah perlu membuat pembetulan.
8. Guru menayangkan lagu air pasang pagi.

9. Murid menyanyi bersama-sama.         
10. Guru menekankan sekali lagi konsep isipadu cecair.

Bahan bantu mengajar.
1.Jag


3.  Gelas
5. Laptop
   

5. Lcd
 


Lembaran Kerja




AKTIVITI PENGAJARAN MURID BIJAK 2


AKTIVITI PENGAJARAN MURID BIJAK


Aktiviti 1 :

Tajuk                      :  Isipadu cecair.

Subtajuk                 :  Mengukur dan membanding isipadu cecair.
Kemahiran              :  Membanding dua isipadu cecair dengan perbandingan langsung.
Hasil Pembelajaran :  Pada akhir dan pembelajaran ini, murid akan dapat mengukur dan
                                  membandingkan isipadu cecair tanpa menggunakan unit.
Bahan-bahan          :   Empat buah baldi, empat biji jag, empat biji mangkuk, empat biji gelas,
                                  laptop, lcd, permainan internet dan klip video.

Prosedur:
1. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan klip video.
       
2. Guru menekankan konsep isipadu cecair berdasarkan aktiviti di klip video dan aktiviti guru tadi.
3. Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan dan melantik pencatat dalam setiap kumpulan.
4. Guru memberi setiap kumpulan 1 baldi, 1 mangkuk, 1 jug dan 1 gelas.
5. Dalam masa 10 minit, mereka perlu menganggar terlebih dahulu jumlah mangkuk dan
     gelas yang akan digunakan.
6. Kemudian, setiap kumpulan perlu menuang air dalam mangkuk ke dalam    
    baldi. Kemudian diikuti dengan air dalam gelas ke dalam jug hingga penuh.
7. Setiap kumpulan perlu mengisi soalan yang diberikan.
Bekas
Mangkuk
Gelas
Anggaran


Sukatan



8.  Guru dan murid berbincang mencari jawapan.
9.  Guru menerangkan konsep isipadu.
10.Murid bermain permainan internet berkaitan isipadu cecair.
      http://www.memory-improvement-tips.com/liquid-measure.html
         
















Bahan bantu mengajar.

1. Baldi
2.Jag




4.  Gelas
            
5. Laptop

   

6. Lcd

 

Thursday, November 25, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN MURID LEMAH 1


Aktiviti 2

Tajuk                       :   Isipadu cecair.
Subtajuk                  :  Mengukur dan membanding isipadu cecair.
Kemahiran              :  Membanding dua isipadu cecair dengan perbandingan langsung.
Hasil Pembelajaran: Pada akhir dan pembelajaran ini, murid akan dapat mengukur dan 
                                     membandingkan isipadu cecair tanpa menggunakan unit.
Bahan-bahan          :  Gayung, gelas, cawan, bikar, laptop, lcd, klip video.

Prosedur:
1. Guru membawa ke dalam kelas 1 bikar yang diisi separuh dan 1 gelas yang
dipenuhi dengan air.
2. Guru bertanya kepada murid, yang mana satukah yang lebih banyak?
3. Guru menuang ke dalam bikar untuk mengukur perbandingan air.
4. Sebagai pengulangan guru menunjukkan klip video.
    http://www.youtube.com/watch?v=gA04ew6Oi9M

5. Guru menekankan konsep isipadu cecair berdasarkan aktiviti di klip video dan aktiviti 
    guru tadi.
6.  Bahagikan kepada 5 kumpulan dan lantik seorang pencatat.
7. Setiap kumpulan perlulah menganggar terlebih dahulu sebelum mengukur.
8. Pencatat akan merekod hasil kerja dalam jadual :
Bekas
Gelas
Cawan
Anggaran


Sukatan



9. Murid menulis hasil kerja dalam ayat di bawah :
      Sebuah gayung boleh memenuhi  ____ biji gelas.
      Sebuah gayung boleh memenuhi ____ biji cawan.
      _______ boleh memuatkan air yang lebih banyak berbanding ______ .
Listen
Read phonetically

7. Murid berbincang untuk membezakan bekas yang mempunyai kapasiti/muatan yang  
    besar dan kecil. 
8. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk para pelajar sebagai aktiviti pengukuhan.
         
Bahan bantu mengajar.






3.  Gelas
      



      






   



5. Lcd

Wednesday, November 24, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN MURID LEMAH 2



Aktiviti 1 :

Tajuk                      :   Isipadu cecair.
Subtajuk                 :   Mengukur dan membanding isipadu cecair.
Kemahiran              :   Membanding dua isipadu cecair dengan perbandingan langsung.
Hasil Pembelajaran:    Pada akhir dan pembelajaran ini, murid akan dapat mengukur dan membandingkan                    isipadu cecair tanpa menggunakan unit.
Bahan-bahan         :    Empat jag, empat mangkuk, empat gelas, laptop, lcd, klip video dan lembaran kerja.


Prosedur:
1. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan klip video.
     http://www.youtube.com/watch?v=gA04ew6Oi9M

2. Guru mengisi air ke dalam dua biji gelas yang sama saiz. Guru menuang salah satu air 
    ke dalam mangkuk. Kemudian memasukkan kembali ke dalam gelas.
3. Guru menekankan konsep isipadu cecair berdasarkan aktiviti di klip video dan aktiviti 
    guru tadi.
4. Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan dan melantik pencatat
   dalam setiap kumpulan.
5. Guru memberi setiap kumpulan 1 jag, 1 mangkuk dan 1 gelas.
6. Setiap kumpulan perlu menuang air ke dalam jug terlebih dahulu dan diikuti dengan
    mangkuk hingga penuh.
7. Pencatat merekod jumlah gelas yang dituang ke dalam jug dan mangkuk.
8. Murid berbincang untuk membezakan bekas yang mempunyai kapasiti/muatan yang  
    besar dan kecil. 
8. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk para pelajar sebagai aktiviti pengukuhan.
         
Bahan bantu mengajar.
1.Jag




3.  Gelas
 4. Laptop

   

5. Lcd

 
           


                                                 Sekolah Kebangsaan Bukit Kerayong
42200 Kapar, Selangor
LEMBARAN KERJA
Nama  :  ...............................................................
Kelas  :  .................................................
Tulis bilangan dan kapasiti yang sama, banyak atau sedikit.
1.
a) Teko bersamaan ___ bekas air.
b) Jug bersamaan ___ bekas air.
c) Teko mempunyai kapasiti _______________ daripada jug.


2.


a) Bekas pemanas air bersamaan ___ bekas air.
b) Cerek bersamaan ___ bekas air.
c) Bekas pemanas air mempunyai kapasiti _______________ daripada cerek.

3.
a) Kotak jus epal bersamaan ___ bekas air.
b) Botol susu bersamaan ___ bekas air.
c) Kotak jus epal mempunyai kapasiti _______________  botol susu.       Listen
Read phonetically