ISIPADU CECAIR
Saturday, November 27, 2010
PENGENALAN
Salah faham pada kapasiti mungkin timbul di kalangan pelajar ketika mengajar isipadu cecair terutama ketika membandingkan kapasiti dua bekas yang boleh menyimpan lebih. Pelajar sering membuat perbandingan dengan saiz tinggi daripada kapasitinya.
Konsep sebenar perlu ditekankan agar murid tidak keliru apabila menghadapi masalah ini. Oleh kerana itu juga, penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dan selalu digunakan oleh murid boleh dilaksanakan bagi membantu mereka memahami dengan lebih baik konsep ini.Isipadu cecair merujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu.
Jumlah cecair yang dapat memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti (muatan). Setiap bekas yang berlainan saiz dan bentuk mungkin mempunyai kapasiti yang sama.Kapasiti atau muatan ini boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai seperti lebih atau kurang. Sementara untuk unit piawai bagi kapasiti isipadu pula ialah liter dan milliliter.
Guru perlu memastikan bahawa murid-murid tidak mendapat konsep yang salah mengenai kapasiti. Perbandingan kapasiti boleh dibuat di antara dua bekas secara langsung untuk memudahkan kefahaman murid. Semasa membuat perbandingan langsung, murid-murid boleh diberi beberapa jenis bekas yang digunakan untuk mengisi air dalam pelbagai bentuk dan saiz. Murid-murid boleh mengisi air ke dalam satu bekas dan menuangnya ke dalam satu bekas yang lain untuk melihat bekas mana yang boleh mengisi lebih air.
Setelah selesai aktiviti, sekali lagi guru perlu menekankan konsep isipadu cecair ini agar murid akan lebih memahami dan kekeliruan tidak akan timbul lagi.
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Kesimpulan
Tajuk isipadu cecair yang kini masih diajar dalam Bahasa Inggeris merupakan salah satu tajuk penting untuk mengenalkan kepada murid-murid berkaitan ukuran cecair.
Oleh kerana ianya merupakan tajuk dan perkara baru untuk dikenali oleh murid-murid tahun 2, sudah tentu konsep isipadu cecair ini perlu ditekankan. Apabila murid memahaminya, maka mudahlah mereka akan memahami pelajaran yang berkaitan isipadu cecair ini seterusnya.
Aktiviti –aktiviti yang berkesan juga perlu bagi menarik minat mereka untuk menumpukan perhatian. Terutama aktiviti yang melibatkan semua murid di dalam kelas. Jadi mereka akan lebih peka dan aktif semasa menjal;ankan aktiviti. Ditambah pula dengan tayangan video yang berkaitan dengan pengajaran yang ingin disampaikan.
Diharap, dengan segala aktiviti pengajaran yang dibina untuk mengatasi kekeliruan membandingkan dua bekas air ini, dapat menyelesaikan dan dijadikan contoh dalam pengajaran guru.
Penutup
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan keizinanNya dapat juga akhirnya menyiapkan tugasan yang begitu mencabar bagi diri saya. Tugasan sudah menjadi kebiasaan dalam setiap semester. Tetapi untuk membina blog memerlukan kemahiran dan luangan masa yang banyak di hadapan Komputer.
Selama ini sering kali melawati blog rakan-rakan, namun tidak pernah terlintas untuk membinanya. Begitu hebat kemahiran yang dimiliki oleh rakan-rakan yang begitu kreatif untuk menjadikan blognya kelihatan cantik dan bermaklumat. Dapat saya simpulkan terdapat pelbagai jenis blog, antaranya blog peribadi sekadar ingin bercerita mengenai diri dan kegiatan masa lapang. Ada juga blog yang dibina untuk memberikan maklumat.
Setelah melalui pengalaman ini, barulah saya ketahui agak sukar untuk membina sebuah blog. Bagi saya, ini adalah satu kejayaan besar buat diri saya seorang guru yang baru melangkah alam perguruan di tahun ke sepuluh ini. Terima kasih atas tugasan yang diberikan.
SUMBER RUJUKAN
Rusnani Mohd Sirin, DR.Lim Chap Sum, Wan YusofWan Ngah, Jeya Velu, Repiah
Singah & Tan Swee Hong. (2003). Curriculum Specifications Mathematics Year 2. Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia . Kuala Lumpur
Murugiah s/o Velayutham. Kao Thuan Keat. (2010). HBMT2103 Teaching Mathematics
in Year Two. Seri Kembangan Selangor. Meteor Doc. Sdn. Bhd
http://putra745.blogsome.com/2010/05/06/bbm-kad-bijak-matematik/ dilayari pada 21
November 2011
http://skss19sj.blogspot.com/ dilayari pada 21 November 2011
Friday, November 26, 2010
AKTIVITI PENGAJARAN MURID BIJAK 1
Aktiviti :
Tajuk : Isipadu cecair.
Tajuk : Isipadu cecair.
Subtajuk : Mengukur dan membanding isipadu cecair.
Kemahiran : Membanding dua isipadu cecair dengan perbandingan langsung.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir dan pembelajaran ini, murid akan dapat mengukur dan
membandingkan isipadu cecair tanpa menggunakan unit.
Bahan-bahan : Jag, mangkuk, gelas, laptop, lcd, klip video, lagu dan lembaran kerja.
Bahan-bahan : Jag, mangkuk, gelas, laptop, lcd, klip video, lagu dan lembaran kerja.
Prosedur:
1. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan klip video.
1. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan klip video.
2. Guru meminta seorang wakil murid datang ke hadapan.
3. Guru memenuang air ke dalam gelas dan mangkuk hingga penuh dan bertanya jumlah
kapasiti yang lebih banyak.
4. Guru menekankan konsep isipadu cecair berdasarkan aktiviti di klip video.
5. Guru memberikan 4 soalan dan murid menjawab dalam masa 6 minit.
6. Murid yang siap dahulu dan betul kesemuanya akan diberikan hadiah.
7. Guru dan murid berbincang jawapan. Murid yang salah perlu membuat pembetulan.
8. Guru menayangkan lagu air pasang pagi.
9. Murid menyanyi bersama-sama.
10. Guru menekankan sekali lagi konsep isipadu cecair.
Bahan bantu mengajar.
2. Mangkuk.
3. Gelas
5. Laptop
5. Lcd
Lembaran Kerja
AKTIVITI PENGAJARAN MURID BIJAK 2
AKTIVITI PENGAJARAN MURID BIJAK
Aktiviti 1 :
Tajuk : Isipadu cecair.
Subtajuk : Mengukur dan membanding isipadu cecair.
Kemahiran : Membanding dua isipadu cecair dengan perbandingan langsung.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir dan pembelajaran ini, murid akan dapat mengukur dan
membandingkan isipadu cecair tanpa menggunakan unit.
Bahan-bahan : Empat buah baldi, empat biji jag, empat biji mangkuk, empat biji gelas,
Bahan-bahan : Empat buah baldi, empat biji jag, empat biji mangkuk, empat biji gelas,
laptop, lcd, permainan internet dan klip video.
Prosedur:
1. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan klip video.
1. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan klip video.
2. Guru menekankan konsep isipadu cecair berdasarkan aktiviti di klip video dan aktiviti guru tadi.
3. Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan dan melantik pencatat dalam setiap kumpulan.
4. Guru memberi setiap kumpulan 1 baldi, 1 mangkuk, 1 jug dan 1 gelas.
5. Dalam masa 10 minit, mereka perlu menganggar terlebih dahulu jumlah mangkuk dan
gelas yang akan digunakan.
6. Kemudian, setiap kumpulan perlu menuang air dalam mangkuk ke dalam
baldi. Kemudian diikuti dengan air dalam gelas ke dalam jug hingga penuh.
7. Setiap kumpulan perlu mengisi soalan yang diberikan.
Bekas | Mangkuk | Gelas |
Anggaran | ||
Sukatan |
8. Guru dan murid berbincang mencari jawapan.
9. Guru menerangkan konsep isipadu.
10.Murid bermain permainan internet berkaitan isipadu cecair.
http://www.memory-improvement-tips.com/liquid-measure.htmlBahan bantu mengajar.
1. Baldi
3. Mangkuk.
4. Gelas
5. Laptop
6. Lcd
Thursday, November 25, 2010
AKTIVITI PENGAJARAN MURID LEMAH 1
Aktiviti 2
Tajuk : Isipadu cecair.
Subtajuk : Mengukur dan membanding isipadu cecair.
Kemahiran : Membanding dua isipadu cecair dengan perbandingan langsung.
Hasil Pembelajaran: Pada akhir dan pembelajaran ini, murid akan dapat mengukur dan
membandingkan isipadu cecair tanpa menggunakan unit.
Bahan-bahan : Gayung, gelas, cawan, bikar, laptop, lcd, klip video.
membandingkan isipadu cecair tanpa menggunakan unit.
Bahan-bahan : Gayung, gelas, cawan, bikar, laptop, lcd, klip video.
Prosedur:
1. Guru membawa ke dalam kelas 1 bikar yang diisi separuh dan 1 gelas yang dipenuhi dengan air.
1. Guru membawa ke dalam kelas 1 bikar yang diisi separuh dan 1 gelas yang dipenuhi dengan air.
2. Guru bertanya kepada murid, yang mana satukah yang lebih banyak?
3. Guru menuang ke dalam bikar untuk mengukur perbandingan air.
4. Sebagai pengulangan guru menunjukkan klip video.
5. Guru menekankan konsep isipadu cecair berdasarkan aktiviti di klip video dan aktiviti
guru tadi.
6. Bahagikan kepada 5 kumpulan dan lantik seorang pencatat.
7. Setiap kumpulan perlulah menganggar terlebih dahulu sebelum mengukur.
8. Pencatat akan merekod hasil kerja dalam jadual :
Bekas | Gelas | Cawan |
Anggaran | ||
Sukatan |
9. Murid menulis hasil kerja dalam ayat di bawah :
Sebuah gayung boleh memenuhi ____ biji gelas.
Sebuah gayung boleh memenuhi ____ biji cawan.
_______ boleh memuatkan air yang lebih banyak berbanding ______ .
Listen
Read phonetically
Dictionary - View detailed dictionary
7. Murid berbincang untuk membezakan bekas yang mempunyai kapasiti/muatan yang
besar dan kecil.
8. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk para pelajar sebagai aktiviti pengukuhan.
Bahan bantu mengajar.
2. Cawan
3. Gelas
4. Bikar
5. Laptop
5. Lcd
Wednesday, November 24, 2010
AKTIVITI PENGAJARAN MURID LEMAH 2
Aktiviti 1 :
Tajuk : Isipadu cecair.
Subtajuk : Mengukur dan membanding isipadu cecair.
Kemahiran : Membanding dua isipadu cecair dengan perbandingan langsung.
Hasil Pembelajaran: Pada akhir dan pembelajaran ini, murid akan dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair tanpa menggunakan unit.
Bahan-bahan : Empat jag, empat mangkuk, empat gelas, laptop, lcd, klip video dan lembaran kerja.
Prosedur:
1. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan klip video.
Bahan-bahan : Empat jag, empat mangkuk, empat gelas, laptop, lcd, klip video dan lembaran kerja.
Prosedur:
1. Guru memulakan pelajaran dengan menunjukkan klip video.
http://www.youtube.com/watch?v=gA04ew6Oi9M
2. Guru mengisi air ke dalam dua biji gelas yang sama saiz. Guru menuang salah satu air
2. Guru mengisi air ke dalam dua biji gelas yang sama saiz. Guru menuang salah satu air
ke dalam mangkuk. Kemudian memasukkan kembali ke dalam gelas.
3. Guru menekankan konsep isipadu cecair berdasarkan aktiviti di klip video dan aktiviti
guru tadi.
4. Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan dan melantik pencatat
4. Guru membahagikan pelajar kepada empat kumpulan dan melantik pencatat
dalam setiap kumpulan.
5. Guru memberi setiap kumpulan 1 jag, 1 mangkuk dan 1 gelas.
6. Setiap kumpulan perlu menuang air ke dalam jug terlebih dahulu dan diikuti dengan
mangkuk hingga penuh.
7. Pencatat merekod jumlah gelas yang dituang ke dalam jug dan mangkuk.
8. Murid berbincang untuk membezakan bekas yang mempunyai kapasiti/muatan yang
besar dan kecil.
8. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk para pelajar sebagai aktiviti pengukuhan.
Bahan bantu mengajar.
42200 Kapar, Selangor
LEMBARAN KERJA
Nama : ...............................................................
Kelas : .................................................
Tulis bilangan dan kapasiti yang sama, banyak atau sedikit.
a) Teko bersamaan ___ bekas air.
b) Jug bersamaan ___ bekas air.
c) Teko mempunyai kapasiti _______________ daripada jug.
2.
2.
a) Bekas pemanas air bersamaan ___ bekas air.
b) Cerek bersamaan ___ bekas air.
c) Bekas pemanas air mempunyai kapasiti _______________ daripada cerek.
3.
b) Botol susu bersamaan ___ bekas air.
c) Kotak jus epal mempunyai kapasiti _______________ botol susu. Listen
Read phonetically
Dictionary - View detailed dictionary
Subscribe to:
Posts (Atom)